Alhamdulillah.. Sekarang keadaan aku terkawal.. Hahaha rasa macam sedeyy dengan ayat sendiri..
Sekarang ni aku sangat2 busy dengan kerja, kelas, tuition dan minggu ni pulak dengan PMM Debate Competition.. Fuhhh sangat memcabar minda serta kekuatan fizikal... Tapi aku happy sebab setakat ni aku mampu untuk buat yang terbaik walaupun kadang2 aku tidak lah sekuat mana, sehebat mana.. Bangga juga dengan diri sendiri bila aku mampu buat 4 kelas dalam 1 hari disamping terlibat dengan persiapan debate dan juga persiapan mengajar.. Ahh minggu ni sangat2 hectic!
Badan dah mula menunjukkan tanda2 yang aku kurang rehat, tapi bab makan tak pula aku tinggal, terlebih makan.. Pelik lak aku, dalam busy sangat2 ni, makan cukup, lebih dari cukup.. Maybe aku dalam jawatankuasa makanan kot.. Hahahhaha sakit hati bila pakai jeans yang sebulan lepas longgar dah mula ketat! Damn! Punya la aku da janji dengan diri & bermegah2 dengan si dia yang aku dah kurus.. Tapi betullah cakap beliau, tu semua sementara je... Cehhhhhh...
Bosannya.............. Malas nak ambil tahu banyak benda, sebab aku bukan lah hebat sangat kawal emosi dan perasaan.. Aku asyik nak marah2 je sekarang ni... Terlalu fragile la hati aku.. Cewahhh puihhhhh! Ahh persetankan semua setan2.. Aku nak happy2 je sekarang, enjoy my life, my day & my job!
Positippppppppppppppp!!!!
Kbai!
Tuesday, January 31, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 cium balik:
Post a Comment